Penjagaan kulit wajah memang sudah sinonim dengan rutin rata-rata wanita. Namun, penjagaan kulit wajah seharusnya berbeza dan lebih berdisiplin bagi bakal mempelai menjelang hari bersejarah. Rejim penjagaan kulit wajah buat bakal mempelai bermula seawal tiga bulan sebelum majlis.
Ikuti rejim penjagaan kecantikan yang lebih mudah namun berkesan.
3 bulan sebelum majlis:
1. Kunjungi spa dan salun kecantikan secara rutin sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.
2. Lakukan urutan dan senaman wajah ketika bangun daripada tidur untuk melancarkan perjalanan darah pada wajah anda.
3. Elakkan menukar produk penjagaan kulit wajah dan badan pada tempoh ini, sebaliknya kekal dengan produk yang anda dapati berkesan dan tidak memudaratkan.
4. Amalkan pengambilan makanan tambahan seperti multivitamin atau minyak ikan dan minyak kelapa dara untuk kesihatan dan kecantikan dari dalam.
5. Amalkan meminum air putih secukupnya iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk penghidratan dan kelembapan kulit.
2 bulan sebelum majlis:
1. Jangan abaikan rutin mencuci wajah bermula dari mencuci, menyegar, melembap dan krim perlindungan sinar UV pada waktu siang dan krim malam untuk rawatan ketika tidur.
2. Elakkan mencukur alis dan membuang bulu pada wajah.
3. Lakukan rawatan kecantikan wajah secara alami dengan menggunakan timun dan telur sebagai topeng wajah.
4. Jerawat mungkin akan muncul disebabkan stres atau haid, justeru elakkan menyentuh atau memicit dengan tangan bimbang ia meninggalkan kesan lebih daripada sebulan.
5. Sambil anda membasuh beras, ambil air basuhan ketiga dan usap pada muka dan biar seketika sebelum bilas.
1 bulan sebelum:
1. Lakukan rawatan pengelupasan atau skrub di rumah sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk kulit halus dan berseri.
2. Pakai topeng muka yang dibuat secara alami menggunakan sayur atau buah-buahan seperti tomato untuk mencerahkan kulit wajah.
3. Oles yogurt segar untuk merawat tona dan struktur kulit wajah yang tidak sekata.
4. Gunakan segala bahan alami yang ada untuk rawatan wajah mudah seperti kunyit untuk hapuskan bakteria dan gula untuk menanggalkan kulit mati.
5. Tuam wajah dengan tuala hasil rendaman air suam dan garam untuk melembutkan kulit dan menutup pori-pori wajah.
Jadi jom praktikkan 3 bulan dari sekarang.Kita nak maklumkan Wow Skin ada promosi harga sebenar RM 120,SEKARANG BAGI
DISKAUN 50% untuk tempoh terhad.
Jika berminat boleh tekan link hijau ini untuk order => PromosiWowSkin
kredit : pesonapengantin & ikahwin
Comments
Post a Comment