Tidak hairanlah wajah sering mengalami banyak masalah seperti jerawat, kulit kusam, dan berkedut. Masalah wajah berkedut memang tidak boleh dihindari, kerana seiring berjalannya waktu kulit kita akan mengalami penuaan.
Jangan Biarkan Wajah Anda Tua Sebelum Waktunya!
Lakukan 6 Langkah Ini Agar Kulit Wajah Tetap Tegang dan Awet Muda!
- Ketahui faktor-faktor penyebab terjadinya kulit wajah berkedut, dan cari cara untuk menghindari dan menyelesaikannya.
Beberapa faktor yang paling banyak menyebabkan kedutan pada kulit adalah paparan sinaran matahari, asap rokok, minuman beralkohol, dan malas untuk membersihkan mekap.
Untuk mengelak paparan sinar UV, pakailah pelindung matahari kemanapun anda pergi dan apapun cuacanya. Hindari asap rokok kerana ia akan menyebabkan kulit kekurangan oksigen, merosakkan kolagen dan elastin dalam kulit.
- Manfaat bersukan memang tidak boleh dinafikan. Rutin bersukan akan menjamin untuk kulit nampak awet muda.
Bersukan dapat melancarkan darah pada tubuh, membuatkan bekalan oksigen dan nutrisi lebih lancar, kulit jadi terjaga kesihatannya.
Rutin bersukan juga membuat metabolisme lebih baik. Peluh yang keluar setelah bersukan juga dapat membersihkan pori-pori yang tersumbat oleh kotoran dan minyak, sehingga kulit jadi lebih bersih dan cerah.
- Pakailah selalu pelembap yang sesuai untuk kulit, agar kulit wajah tidak kekeringan dan dehidrasi.
Pelembap sangat berguna untuk menjaga kelembaban wajah. Bila kulit wajah sering kekeringan, maka risiko kedutan menjadi semakin besar. Gunakan pelembab setiap kali selesai mencuci muka.
Tapi sebelum memakainya, pastikan anda mengetahui jenis kulit anda terlebih dahulu. Apabila muka anda termasuk kulit yang berminyak, maka pakailah pelembab non-oil atau non-comedogenic agar kulit tidak mudah berjerawat.
- Lakukan urutan dan senaman wajah agar otot wajah jadi lebih rileks, ini akan membuatkan kulit wajah jadi lebih kenyal dan tegang.
Urutan dan Senaman wajah terbukti berkesan membuat kulit wajah jadi lebih berseri-seri dan dapat melambatkan proses penuaan. Mengurut atau melakukan senaman wajah akan membuat otot-otot yang tegang menjadi lebih rileks.
Ketika otot bergerak, maka perjalanan darah menjadi lancar, sehingga wajah jadi nampak lebih segar, cerah dan ceria. Rutin melakukan kegiatan ini dapat membuatkan wajah jadi lebih kenyal dan tegang.
- Jangan lupakan pola diet sihat, kerana ia dapat membantu proses peremajaan kulit wajah lebih cepat.
Mengamalkan makanan diet berkualiti tinggi juga berguna untuk memperbaiki kesihatan kulit. Diet di sini adalah mengawal pengambilan makanan dengan makanan yang kaya dengan serat, vitamin, protein dan nutrisi.
Pilih sayuran, buah-buahan, dan makanan lain yang mengandungi protein, lemak dan omega 3 sebagai menu makanan utama anda. Bila anda boleh menjaga pengambilan makanan dan mengamalkan makanan sihat, maka kesannya adalah kulit jadi lebih sihat, segar dan awet muda.
- Buatlah jadual minima seminggu sekali untuk melakukan ritual masker wajah untuk mendapatkan hasil yang maksima.
Masker wajah sangat berguna untuk membantu merawat kecantikan. Minima dilakukan sekali dalam seminggu. Untuk hasil yang lebih natural dan segar, gunakan masker yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi.
Bila anda memiliki banyak masa, adalah lebih baik bila anda membuat masker sendiri dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Berikut adalah beberapa masker dari bahan semulajadi untuk menegangkan kulit wajah yang boleh anda cuba di rumah :
- Putih telur dan lemon : Ambil putih telur, titiskan 2 – 4 titik perasa air lemon. Kacau hingga rata dan berbuih, lalu sapukan masker secara merata pada kulit. Putih telur berkhasiat menegangkan kulit, manakala lemon dapat mencerahkan wajah anda.
- Pisang : Masker pisang berguna untuk melembabkan kulit dan membuatkan kulit jadi lebih tegang dan cerah. Hancurkan pisang hingga lembut, lalu gunakan sebagai masker wajah. Diamkan selama 15 minit, dan bersihkan dengan air suam.
- Putih telur, yogurt dan gula : Kacau putih telur hingga berbuih, kemudian campur yogurt dan gula dan gaul hingga rata. Yogurt dikenali sebagai pemutih kulit semulajadi. Rajin menggunakan masker yogurt dapat meratakan kulit belang dan menghilangkan bekas jerawat.
- Madu dan susu : Susu dapat mencerahkan kulit, dan madu berkhasiat untuk melembabkan kulit. Cara membuat maskernya sangat mudah. Campurkan 1 sdt madu dengan 5 sdt susu. Lebih baik lagi tambahkan beberapa titis minyak vitamin E. Diamkan selama 10 minit dan bilas bersih wajah anda.
Itu dia tip yang anda boleh lakukan untuk kulit tegang dan awet muda.Kita nak maklumkan Wow Skin ada promosi harga sebenar RM 120,SEKARANG BAGI DISKAUN 50% untuk tempoh terhad.
Jika berminat boleh tekan link ungu ini untuk order => PromosiWowSkin
Jika berminat boleh tekan link ungu ini untuk order => PromosiWowSkin
kredit : vidara
Comments
Post a Comment